Wednesday, September 29, 2010

mereka yang bahagia, tak semestinya memiliki hal-hal yang terbaik. mereka hanya menjadikan yang terbaik dari setiap hal-hal yang mereka miliki..

Sunday, September 26, 2010

pengenalan kepade diri sendiri..

Sedikit pengenalan kepada diri sendiri.
Nama saya  Nur Anisaa Binti Abd Rahman
Berumur 20 tahun.
Seorang mahasiswa di Universiti Kebangsaan Malaysia.
Pelajar tahun dua Fakulti Sains dan Teknologi.
Mengambil jurusan Biologi pengkhususan dalam bidang Genetik.
Berasal dari Taiping Perak.
Anak ke empat dari enam adik beradik.
Saya sayang mak dan ayah saya!!

Perlu ke bg tau??? Perlu!! Hahahah… 



adik sayang


Wednesday, September 22, 2010

Alatan Teknologi Dan Inovasi

Penggunaan alat-alatan teknologi dan inovasi pada masa kini tidak menjadi satu perkara yang asing lagi dalam kalangan para pelajar. Pada zaman yang serba pantas ini, sumbangan alat teknologi dan inovasi dalam proses pembelajaran tidak perlu dinafikan lagi. Ternyata alat-alatan teknologi dan inovasi mampu mempercepatkan pembelajaran. selain memudahkan proses pembelajaran, penggunaan teknologi mampu mempercepatkan kerja-kerja dan memudahkan perhubungan antara pelajar dan guru serta sesama para pelajar bagi tujuan proses perbincangan. Sebagai contoh, pengaruh komputer sebagai salah satu gadjet pembelajaran amat besar sekali. selain digunakan bagi menyaipkan tugasan, alatan ini juga digunakan untuk berhubung menerusi perkhidmatan internet. Namun terdapat beberapa kekangan yang membataskan penggunaan alatan canggih ini dalam membantu para pelajar. Apakah antara masalah-masalah yang menghalang para pelajar dari menggunakan kemajuan ini?
penulis